.

Airmata Jatuh di Dalam Lyrics

Chorus:

Bila air mata jatuh di dalam
Sejuta macam rasa ku pendam

Bila air mata jatuh di dalam

Kau tetap takkan faham

Verse 1

Masih lagi ku ingat

Segala hajat dan niat

Kau membuat dunia ini indah dengan kata2

Aku seolah olah jauh terpesona

Sehingga tak dapat ku menduga

Apa yang berlaku di depan mata

Bila ku ingat kembali

Bila ku kenangkan segala janji

Bila ku cuba renungkan apakah puncanya akupun tak mengerti

Mana mungkin peristiwa ini boleh terjadi

Aku silap

Terlalu mengharap

Terang menjadi gelap

Kata tak terucap

Ku gemerletap seluruh tubuhku seakan akan degupan jantungku tak akan berdenyut lagi

Alasanmu meracun hati

Janji tinggal janji

Tiada lagi serasi

Kau pun berlalu pergi

Tinggalkan aku sendiri karam

Bila air mata jatuh di dalam

Kau takkan faham

*chorus2x

Keliru kau katakan padaku
Jalan mudah bagimu

Tak mungkin kita akan dapat kekal bersatu

Rindu bertukar jemu

Kau yang berubah laku

Aku yang menanggung pilu

Aku trima dengan tangan terbuka

Duka, lara, pilu, hiba, pedih, hampa

Sesal tiada guna

Aku akur tiada yang sempurna

Kau yang terlebih dahulu merancang

Aku cuba sedaya upaya untuk menghalang

Sedikitpun kau tak bersama menghadang

Kau hilang tanpa bayang

Duniaku menjadi kelam

Mungkin suatu hari kau akan faham

Bila apa yang kau inginkan bertukar menjadi suram

Kau akan dapat merasai

Tetapi buat masa kini

Aku tak mengharap agar kau mngerti
Bila air mata jatuh di dalam

Kau tetap takkan faham

*chorus 2x

c**a satu pertanyaan

Apa yang kau fikirkan

Tatkala bila kau memutuskan perhubungan

Sehingga luahan perasaan darimu tidak menunjuk sedikit rasa kekesalan

mungkin bagimu ini semua satu permainan

aku hanyalah sebahagian dari persinggahan untuk kau meneruskan perjalanan

kau dengar dengan teliti

ini yang terakhir kali aku berkata

selepas ini jangan kau harap aku mengharapkan agar kau kembali semula di sisi

akan aku pastikan

segala kejadian akan segera luput dari ingatan

dan antara kita berdua

tiada kewujudan

tiada permulaan

tiada pernah ada.... bukti

tiada air mata yang pernah mengalir keluar dari mata

wana:

maafkanlah diriku atas ketelanjuran

bukan sengaja menyakiti dirimu

aku redha begini

sesal tiada arti

kau sentiasa di dalam hati....
Report lyrics
Muka Surat Satu (2011)
1.4.3.4.3.1 Semuanya Kerana Hip Hop Hitam Manis Yang Sebenar Sendiri di Kuala Lumpur Aku Bahagia Melihat Kali Bahagia Hayunkan Tanganmu Airmata Jatuh di Dalam Boleh
Top Filsuf feat. Wana Lyrics