.

Merisik Khabar Lyrics

Lagu Manan Ngah,
Lirik Habsah Hassan
Album Kul it! (1986)
Masa 4:50
Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...
( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati
Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...
( ulang korus )
Report lyrics
Kul it! (1986)
Selagi Hayatku Ada Warna Asmara Penyu Menangis (Siapa tahu) Sutera Radio Malaysia (Sejak dulu) Milik Siapakah Gadis Ini Kul It! Pesan Abang (Buat peminat) Gadisku Merisik Khabar Bapak