.

Langgam Pak Dogo Lyrics

Rindu menikam dek cinta Sita
Hilang bekas hilang sisa amarah
Bongkar akar bongkar mimpi Suralaya
Datang bingung perpaluan di ambang yuda
Ajak menung bawah panji wilmana
Apa hikmah tersemat di balik perintah
Temu hulu hilir menyusul
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus bermasygul (duk nengu sugul)
Adat wira harus tahan uji

Ya kalau begitu ku berjanji
Hadapan temanku yang berpekerti tinggi
t**ian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti
Langgam Dogol langgam keramat
Bisik-bisik dalam kelambu
Lagak bodoh tapi bersengat
Sambil elak (bele ngelik) dia main siku

Riwayat bermula dari dahulu
Pandang belakang tersangatlah jauh
Perlu menyilang irama dengan lagu
Kapal belayar usah dilabuhkan sauh
Asal debu pasti pulang ke debu
Dari tegap bertimpuh baik rebah merempuh
Bersabunglah petir (litar)
berdentum berdentam (detu-dete)
Hujan tak turun laut berlimpahan.
Asyik (ghalik) merancang dendam seribu malam
Siang menerang semakin berganda rawan (koho sie koho bergande rawe)

Keronsang terlekat kerana peniti
Hujung pelangi pula sebabkan igauan
Tidak terlintas nyawa dipertaruhkan
Dikandung badan
Sesaat berangan terlepaslah habuan
Ikan tak dapat umpan pula hilang.

[email protected]
Report lyrics